MISTERY PATUNG UNTA PURBA YANG DI TEMUI DI ARAB SAUDI
Hussain al-Khalifah menunjukkan penemuan arkeologi yang tidak pernah berlaku sebelum ini - ukiran unta di batu berwarna coklat kemerah-merahan yang dapat menjelaskan maklumat baharu mengenai evolusi seni batu.
Sekitar 12 ukiran arca, sebahagiannya sudah rosak akibat hakisan dan vandalisme, berkemungkinan berusia dalam linkgungan 2,000 tahun dan baru ditemui di kawasan persendirian di sepanjang persimpangan padang pasir di wilayah utara Al-Jouf.
Dipahat pada tiga buah batu, arca itu yang turut menggambarkan haiwan jenis kuda atau mamalia berbulu, memperlihatkan tahap kemahiran artistik yang tidak pernah ditemui pada bentuk seni batu di padang pasir Saudi.
Ia dapat membantu dalam memecahkan misteri kehidupan purba di Semenanjung Arab.
"Ia adalah hasil kerja kesenian dan kreativiti," kata Hussain yang membawa AFP melawat kawasan terpencil di Al-Jouf yang kini terkenal di kalangan khalayak ahli arkeologi sebagai 'tapak unta.'
Hussain yang menjadi sebahagian pasukan penyelidik Perancis-Saudi yang menjelajah kawasan itu pada 2016 and 2017 berkata, beliau secara tidak sengaja menemukan ukiran itu beberapa tahun lalu apabila rakan memberitahunya mengenai 'bukit yang berbentuk unta.'
"Bagaimanapun apabila saya melawat kawasan itu, saya menemukan ukiran unta di puncak bukit. Ia betul-betul unik," katanya.
Unta - untuk berabad-abad lamanya dianggap seperti 'bahtera di padang pasir' - ialah motif yang biasa dalam hasil seni negara berkenaan.
Bagaimanapun ukiran tiga dimensi di Al-Jouf yang sesetengahnya hanya menampilkan bahagian badan unta seperti kuku, berbeza dengan penemuan di tapak lain di Saudi.
Banyak ukiran itu terletak di puncak bukit dan memerlukan tali atau perancah sokongan untuk mendakinya.
Satu ukiran yang paling menonjol - seekor unta yang berdepan dengan haiwan yang kelihatan seperti keldai, baghal atau kuda, iaitu haiwan yang jarang ditampilkan dalam seni ukiran batu di wilayah berkenaan.
"Ukiran tiga dimensi menunjukkan kemahiran hebat dalam tahap alamiah dan ukurannya. Ia berpotensi dalam mengubah pemahaman kita terhadap kedinamikan dan sifat budaya masyarakat prasejarah," kata Maria Guagnin dari Institut Max Planck untuk Sains Sejarah Kemanusiaan yang berpangkalan di Jerman memberitahu AFP.
Bagaimanapun tapak itu masih diselubungi misteri dengan maklumat yang sedikit mengenai siapakah yang mengukirnya atau apakah peralatan yang digunakan.
Hussain berkata, tekaan yang paling hampir ia mungkin dihasilkan oleh Nabatean, puak Arab nomad yang terkenal dengan membina kota Petra yang kini terletak di Jordan yang diukir daripada batu pasir di kawasan gurun.
Penemuan itu juga memberikan tumpuan terhadap kekayaan warisan badwi Arab Saudi. Kerajaan itu dilimpahi dengan ribuan contoh seni lukisan batu dan inskripsi purba.
Pada tahun lalu, ahli arkeologi menggunakan Google Maps untuk menemukan ratusan 'pagar' batu di kawasan padang pasir Saudi yang terpencil yang mungkin berusia sejak 7,000 tahun.
Mereka juga menjumpai bukti kewujudan 46 tasik yang pernah ada di utara padang pasir Nefud yang menyebabkan pakar mengubah pandangan mereka kepada teori wilayah itu mengalami peralihan iklim penggurunan dan lembap.
Ukiran di Al-Jouf mungkin menjadi penemuan mutakhir yang paling signifikan.
"Ini penemuan saintifik penting yang mengingatkan kita mengenai kepentingan sejarah pra-Islam di Arab Saudi," kata ahli arkeologi, Guillaume Charloux dari Centre National de la Recherche Scientifique (CNRS), Perancis kepada AFP.
"Saya hanya berharap ia akan membawa masyarakat kepada sejarah silam Arab Saudi yang pelbagai dan kaya," katanya yang mengetuai pasukan penyelidik bersama Hussain.
Ukiran itu mempunyai gaya berbeza yang menunjukkan ia dihasilkan oleh lebih daripada seorang artis.
Ada kemungkinan, ahli arkeologi itu berkata, tapak Al-Jouf adalah antara kawasan yang dimuliakan atau laluan kafilah yang digunakan sebagai tempat berehat atau penanda sempadan.
"Hipotesis saya pada hari ini adalah pengukirnya dari kalangan orang tempatan dan tapak ini menjadi tempat yang simbolik serta laluan kafilah menuju Mesopotamia," kata Charloux.
Lebih banyak kerja lapangan diperlukan untuk mencari jawapan.
Banyak ukiran patung sudah terhakis hingga sukar untuk menentukan tarikhnya tetapi ahli arkeologi menganggarkan ia mungkin diselesaikan pada abad pertama Sebelum Masihi (SM) atau Tahun Masihi (TM).
"Sekiranya ia pratarikh pada pembelajinakan unta, maka ia mewakili spesimen liar yang mungkin diburu dan kejayaan pemburuan itu mungkin penting untuk kelangsungan hidup masyarakat manusia setempat," kata Guagnin.
Buat masa kini, pihak berkuasa Saudi mengawal ketat tapak Al-Jouf daripada pemburu harta karun di sebalik spekulasi setempat mengenai emas yang tersembunyi.
Kerajaan juga berusaha mendapatkan hak pemilikan tapak itu daripada pemilik tempatannya.
Pegawai Saudi yang membawa AFP melawat juga menunjukkan bagaimana bongkah batu itu daripada sudut tertentu, kelihatan seperti wajah manusia dengan bonjolan seperti hidung.
Juga kelihatan bersama-sama ukiran itu ialah bentuk seni cat warna yang menunjukkan manusia dan makhluk mitologi serta objek yang menyerupai kereta kuda.
Bagaimanapun, Hussain menganggapnya sebagai seni yang amatur seperti lukisan kanak-kanak di atas kertas tanpa sebarang petunjuk sama ada ia muncul sebelum atau selepas ukiran patung berkenaan.
Masih Banyak Soal Yang Belum Terpercahkan Sampai sekarang.
SUPER BIG BONUS TURNOVER DARI INIDOMINO
HOT GEBYAR HADIAH BULANAN TANPA DI UNDI !!!
UNTUK INFO LEBIH LANJUT SILAHKAN KLIK :
♠ CONTACT PERSON INIDOMINO :
♥ LINE : INIDOMINO
♥ Whats App : +85585849813